Siasat Taib lama kerana banyak dokumen saksi


  • Nigel Aw
  • Malaysiakini Jun 29 2013
 
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berpanjangan ekoran jumlah dokumen dan saksi yang banyak untuk diteliti penyiasatnya.

"Terdapat banyak dokumen dan banyak pihak terlibat, begitu juga saksi di pelbagai tempat (di seluruh negara)," kata penolong pesuruhjaya bahagian siasatan SPRM Lim Bee Kean di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Kata Lim, sehingga kini, SPRM meneliti 400 fail dan kenyataan dirakamkan daripada lebih 20 individu yang dipercayai berkaitan kes itu.

Berhubung video terkini Global Witness yang menunjukkan saudara Taib mendakwa dapat memperoleh tanah dengan mudah daripada ketua menteri dan cuba menjualnya kepada pelabur, Lim berkata, pasukan khas dibentuk selari dengan siasatan sedia ada.

Selepas video itu bocor di Internet, pasukan 10 penyiasat SPRM dibentuk bagi menjalankan siasatan.

GAMBAR Darah Pejuang Palestin Yang ‘Masih Cair’ Walaupun Lama Di Bilik Mayat

GAMBAR: Darah Pejuang Palestin Yang Masih Cair Walaupun Lama Di Bilik Mayat

Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi SAW sabdanya :
“Tidak satu pun orang yang telah masuk syurga ingin hendak kembali ke dunia, walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya, kecuali orang-orang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia, lalu dia tewas (syahid) di dunia sampai sepuluh kali kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang mati syahid.”
Sama-sama kita kita renung-renungkan gambar di atas.
Gambar diambil oleh seorang sahabat di Gaza, Palestin di sebuah bilik mayat.
Darah di dalam ‘tray’ di bilik mayat di Hopital di Gaza City ini masih lagi cair seperti sedia-kala.
Tidak mustahil orang yang diletakkan dalam tray bilik mayat ini telah mati syahid.
Darah itu tidak beku dan amat mustahil di dalam bilik mayat ini; untuk darah tidak menjadi beku.
Ini bukan magic show, ini adalah kenyataan yang disaksikan sendiri oleh peserta delegasi Misi Solidariti ke Gaza 2012 tidak lama dulu.
Itulah bumi para ambia dan bumi barakah Gaza, Palestin.
Wallahualam…
SUMBER