Habiskan 65 poundsterling untuk Superman Lelaki Ini Ditinggal Isteri

27 April 2013

Foto : Barcroft Media Foto : Barcroft Media

NEW YORK - Seorang lelakiAmerika Syarikat  terpaksa rela ditinggalkan isterinya setelah dia menghabiskan wang sebesar 65 poundsterling        hanya untuk membeli koleksi mainan Superman.

Christopher Dennis, memiliki koleksi benda-benda berbentuk Superman lebih dari 15,000 seperti bed cover, boneka action figure, dan kereta  mainan yang dihiasi dengan wajah Clark Kent.

Hobi mengumpul hal-hal yang berhubungan dengan Superman ini menyebabkan dia  ditinggalkan oleh isterinya Bonnie Finkenthal. Bonnie bercerai dengan Dennis kerana dia merasa jemu dengan hobi suaminya itu.

"Chris hanya menikah dengan koleksinya. Tidak ada yang lebih penting baginya daripada koleksinya," kata Bonnie. Demikian diberitakan The Sun, Jumaat (26/4/2013).

Dennis mengatakan bahawa semua koleksinya itu sangat berarti baginya dan perceraiannya itu kerana dia menghabiskan banyak wang untuk membeli semua koleksi mainannya.

"Saya memilih koleksi saya daripada isteri saya. Saya bercerai dengan isteri saya kerana saya menghabiskan wang untuk membeli mainan dan patung-patung kemudian saya tidak boleh membayarbil elektrik  dan tagihan TV kabel berlangganan,” ungkap Dennis. (AUL)okezone.com

Posting Komentar