PANAS! 12 Lagi Kerusi Bakal Milik Pakatan Rakyat

Sunday, March 2013


Di sebalik kemungkinan pembubaran Parlimen tidak akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, peluang bagi Pakatan Rakyat untuk menguasai 12 lagi kerusi Parlimen "kelihatan cerah."
Perikatan itu mahu menggunakan ruang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan menjelang tarikh pilihanraya umum ke-13. 
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Kit Siang berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk memperoleh kemenangan di 12 kawasan untuk menang selesa dalam pilihanraya umum ke-13. 
"Dua belas kerusi marginal yang secara realistik Pakatan boleh menang termasuklah Arau di Perlis; Alor Setar di Kedah; Kuala Nerus di Terengganu; Larut, Kuala Kangsar, Kampar dan Lumut di Perak, Bentong, Raub dan Jerantut di Pahang, Sabak Bernam dan Pandan di Selangor, Rembau di Negeri Sembilan dan Bukit Katil di Melaka," katanya.
Kerusi-kerusi lain termasuklah Dungun di Terengganu; Jerlun di Kedah; Padang Rengas, Tambun, Parit, Tapah, Pasir Salak dan Bagan Datoh di Perak; Temerloh di Pahang; Sepang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.
Sebelum ini Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah kali ini ada mengatakan Pakatan Rakyat boleh menang sehingga 33 kerusi Parlimen, tambahan kepada 82 yang diperoleh lima tahun lalu.
Fakta:
Kerusi parlimen (marginal) yang bakal dimenangi:
1) Arau (PAS kalah majoriti 300 undi)
2) Alor Setar (KEADILAN kalah majoriti 184 undi)
3) Kuala Nerus (PAS kalah majoriti 1,341 undi)
4) Larut (PAS kalah majoriti 1,911 undi)
5) Kuala Kangsar (PAS kalah majoriti 1,458 undi)
6) Kampar (DAP kalah majoriti 2,697 undi)
7) Bentong (KEADILAN kalah majoriti  2,549 undi)
8) Raub (DAP kalah majoriti 2,752 undi)
9) Jerantut (PAS kalah majoriti 1,946 undi)
10) Sabak Bernam (KEADILAN kalah majoriti 1,335 undi)
11) Pandan (KEADILAN kalah majoriti 2,961 undi)
12) Rembau (KEADILAN kalah majoriti 5,946 undi)
13) Bukit Katil (KEADILAN kalah majoriti 1,758 undi)
Daripada senarai ini, sembilan kerusi kalah di bawah 3,000 undi, dan cuma dua kerusi kalah di bawah 500 undi.
Menurut maklumat pengiraan (dalam sistem pilihanraya), kerusi yang mempunyai majoriti kurang 3,000 undi dianggap kerusi kelabu (50:50) dan peluang untuk merampasnya dari tangan BN dikira cerah kerana:
a) Bilangan pengundi muda yang naik mendadak
b) Kempen penerangan dan maklum balas dari akar umbi
c) Kesedaran rakyat antara peringkat 30-45 tahun semakin tinggi
d) Undi rosak yang tinggi (400 ke 900 undi) dijangka akan berlaku jika sabotaj dari dalam parti BN sendiri ekoran tidak puas hati calon pilihan mereka ditolak
e) Bilangan calon muda dari Pakatan Rakyat ditampilkan oleh penyandang kerusi sekarang
f) Kesefahaman antara jentera Pakatan Rakyat di setiap kerusi parlimen
g) Sebaran media alternatif (Facebook, Twitter dan blog) kini memasuki kawasan Felda dan pedalaman
Adalah tidak mustahil lebih daripada 11 kerusi lagi yang disenaraikan Kit Siang mampu dimenangi dengan syarat kerja keras dari sekarang serta tampilkan calon pilihan majoriti pengundi untuk memikat mereka mengundi calon Pakatan Rakyat.
Statistik terbaru menunjukkan BN cuma menang 80 ke 95 kerusi (kerusi putih) berbanding Pakatan Rakyat (107 kerusi) sementara bakinya merupakan kerusi kelabu yang mesti direbut sebanyak mungkin.
Apakah dengan tambahan 12 kerusi ini mampu membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya?
Ia tidak mustahil untuk dilaksanakan!
JALAN PULANG

Tiada Lagi Soalan Ramalan UPSR SPM Menjelang 2016


KUALA LUMPUR – Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016.

Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan itu bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran.

“Sebaliknya murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam situasi berbeza,” demikian menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelan itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, kurikulum peperiksaan dan pentaksiran untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan dikaji semula.

Untuk itu, murid akan mendapat tambahan masa pengajaran dan penekanan terhadap aplikasi pengetahuan yang praktikal melalui amali makmal dan pembelajaran berasaskan projek, khusus bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat SPM bermula 2016.

Bagi membantu murid memenuhi keperluan itu, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Sistem Set iaitu membahagikan guru kepada kumpulan atau set tertentu bagi membolehkan mereka merangka pendekatan pedagogi yang sesuai dengan tahap kemahiran dan keperluan pembelajaran murid.

Bagi meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris, semua 61,000 guru bahasa Inggeris juga diwajibkan mengikuti Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dalam tempoh dua tahun.

Berhubung usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejagat, pelan itu menggariskan bahawa Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral perlu diperkukuh dengan tumpuan diberikan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.

Dengan itu, setiap murid sekolah rendah dan menengah perlu melibatkan diri dalam khidmat komuniti di mana elemen komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan bagi sekolah menengah.

Selain itu, keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan 1Badan Beruniform juga akan diperkukuh, dan bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di sekolah, guru penasihat aktiviti akan diberi latihan bersasaran oleh kementerian.

“Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan  mewajibkan penglibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi,” menurut pelan itu.  – BERNAMA

14 ciri pria tidak muda lagi



01. Membaca makin jauh, kencing makin dekat
02. Dulu tidur berhadap-hadapan, sekarang beradu pantat
03. Dulu suka pakai minyak wangi, sekarang sering pakai minyak angin
04. Dulu 12 kali lebih dalam sebulan, sekarang belum tentu sekali sebulan
05. Dulu keras sekali selama menu...nggu, sekarang lama sekali menunggu keras
06. Dulu langsung ON, sekarang langsung Down
07. Dulu sering siul2in cewe, sekarang malah siul2in burung
08. Dulu kencing asin, sekarang banyak yang sudah kencingnya manis
09. Dulu sering ajak makan enak, sekarang sering ajak makan obat
10. Dulu korbankan kesehatan demi kekayaan, sekarang korbankan kekayaan demi kesehatan
11. Dulu mengkritik generasi tua, sekarang mencela generasi muda
12. Dulu bermimpi untuk mengubah dunia, sekarang jadi insomnia karena dunia berubah terus
13. Dulu dongkol karena nggak dikasih, sekarang jengkel karena ditagih
14. Dulu pemburu nikmat, sekarang diburu to bat

sumber: kaskus.us