Awas bahaya polystyrene

Bahaya...setiap hari kita gunakan sebagai pembungkus makanan

ANTARA isu kesihatan yang hangat diperkatakan di Jepun akhir-akhir ini ialah tentang bahaya yang dihadapi oleh para pengguna yang memakan makanan di dalam bekas polystyrene.
Dalam kehidupan moden hari ini polystrene digunakan dengan meluas sama ada sebagai bekas makanan segera (terutamanya mi segera) atau bekas makanan bungkus. Pasar-pasar raya juga menyediakan polystyrene sebagai pembungkus makanan. Adalah dipercayai polysytyrene mengandungi bahan toksik yang boleh mengancam kesihatan pengguna.


Pegawai-pegawai kesihatan Jepun mengumumkan bahawa toksik polystyrene boleh mengganggu fungsi-fungsi reproduksi ke atas manusia dan haiwan. Bahan beracun tersebut, menurut pegawai Institut Kebangsaan Sains Kesihatan, yang dikelompokkan dalam istilahenvironmental hormones boleh mencemar makanan melalui proses penyerapan. Dengan ayat yang lain, sungguhpun polystyrene itu kebiasaannya berwarna putih dan kelihatan begitu bersih tetapi bahan toksiknya boleh menyerap ke dalam makanan yang tersimpan di dalamnya.

Pencemaran ke atas makanan boleh berlaku kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat polystyrene itu sendiri diragui keselamatannya. Bahan kimia yang digunakan dikenali sebagai styrene dimer dan styrene trimer. Styrene ialah bahan tidak berwarna serta cecair toksik yang digunakan untuk membuat plastik dan bahan daripada getah. Bahan-bahan kimia tersebut dikenali juga sebagai phenylethylene atau vinyl benzene.

Penemuan bahaya pada bekas makanan polystyrene adalah hasil ujian makmal Institut Kebangsaan Sains Kesihatan. Menurut ujian tersebut yang didasarkan kepada dua puluh lima jenis polystyrene, setiap gram polystyrene mengandungi bahan bahaya polymer pada kadar hitung panjang 9,509 mikrogram, dan catatan paling tinggi pada kadar 21,430 mikrogram (satu mikrogram bersamaan satu per juta gram).

Kajian ke atas makanan berlemak yang disimpan dalam bekas polystyrene juga telah dikaji berkali-kali, bagi mengesan penyerapan bahan toksiknya. Ujian tersebut telah mendapati tidak kurang dari 43.9 mikrogram styrene trimer larut dalam satu sentimeter padu bahan berkenaan. Bagaimanapun ujian tidak atau belum menemukan kesan sampingan terhadap air yang diletakkan dalam polystyrene yang telah dipanaskan hingga 60C.

Pada 13 Mei 1998 satu persidangan Food Hygienic Society of Japan dilangsungkan di Tokyo. Dalam persidangan ini dapatan-dapatan dari kajian Institut Kebangsaan Sains Kesihatan dan badan-badan lain yang prihatin akan kebersihan makanan dan kesihatan pengguna dibentangkan.

Persidangan tahunan itu penting sebagai medan para penyelidik mengemukakan dapatan masing-masing. Dalam persidangan tahun lalu umpamanya, pasukan penyelidik environmental agency mengenal pasti 67 environmental hormones yang boleh dianggap mengganggu kesihatan. Antaranya ialah yang disebut sebagai bisphenol-A yang boleh mengancam kesuburan manusia.

Dalam zaman moden ini ciptaan-ciptaan yang bersifat gunaan telah dihasilkan dengan cepat dan meluas, tidak disertai kajian akan kesan-kesan sampingan yang boleh mengancam kesihatan para pengguna dan alam sekitar. Setelah bahan-bahan tersebut dihasilkan dan digunakan dengan meluas barulah badan-badan penyelidikan (dari pihak swasta, kerajaan atau persatuan-persatuan pengguna) menjalankan siri ujian bagi memastikan kesannya terhadap manusia dan alam sekitar.

Banyak daripada dapatan ujian menunjukkan betapa bahan-bahan yang telah digunakan dengan meluas itu sebenarnya mengancam kesihatan dan alam sekitar, umpamanya bahan mengisi makanan yang disebut polystyrene itu.


Bagaimanapun untuk menyekat penggunaan bahan bahaya tersebut dari berada di pasaran bukanlah suatu proses yang dapat dijalankan dengan segera. Keprihatinan para penyelidik dan pendukung isu kesihatan selalu diperlambat-lambatkan oleh peraturan atau undang-undang, serta birokrasi yang kurang berkesan. Akhirnya, walau pun dapatan ujian telah menunjukkan bahaya polystyrene umpamanya, bahan tersebut masih digunakan dengan meluas.

Polystyrene juga digunakan dengan meluas di negara-negara lain, termasuk di negara sedang membangun. Di negara-negara beriklim tropika juga para peniaga nampaknya lebih mudah mengisi nasi dan lauk ke dalam bekas polystyrene berbanding dibungkus dengan daun pisang. Bahan ini digunakan seolah-olah tanpa suatu kesedaran tentang bahaya sampingannya.

Jika semua pihak prihatin terhadap kesihatan manusia dan kebersihan alam sekitar tentulah dapatan para penyelidik dihargai serta disusuli dengan langkah-langkah yang wajar dan praktis. Tidak ada pihak yang mengambil sikap tunggu dan lihat, dengan berpendapat: selagi belum ada ciptaan baru yang selamat, gunakan terus bahan yang ada ini walaupun bahaya.

Keselamatan serta kesihatan pengguna merupakan tanggungjawab semua pihak, terutamanya pengeluar bahan-bahan ciptaan baru yang mungkin mengandungi sesuatu yang hormone-disrupting seperti polystyrene. Jika dapatan para penyelidik melalui ujian makmal telah menemukan bahaya pada bahan ini, mengapakah kita tidak segera memberhentikannya sebagai bekas menyimpan makanan?

Anwar Ridhwan kini bertugas sebagai Profesor Pelawat Pengajian Malaysia di Tokyo University of Foreign Studies, Jepun.
ANWAR RIDHWAN

CLICK HERE ! FOR MORE INFO !


BROWSE 6X FASTER WITH OPERA MINI!

Hate the feeling of wanting to Like your friends FB comment and at the same time, you want to reply your other friends Twitter comment as well?

It is loading oh-too-slow!

Get the legendary Opera Mini with DiGi today! 6x faster Internet browsing so its faster than ever!

SMS "Opera" to 2000 to download and it is FREE now. Dont forget to share them with your friends!

Posting Komentar