Bakal Keluarkan Jenama Minyak Wangi Sendiri



Selepas Datuk Siti Nurhaliza, kini tiba giliran penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura untuk mengeluarkan jenama minyak wanginya sendiri.

Menurut Ning, usahanya selama dua tahu itu bakal dilaksanakan dalam jangka masa terdekat ini.

“Bauan wangian lebih kepada sweet yang mewakili ibu dan wanita yang penuh yakin dan kuat di luar sana,” katanya menerusi majalah Femag keluaran bulan September.

Aspek pembungkusan turut dititik beratkan oleh ibu kepada Ryan Sky Dalton ini dengan mengaplikasikan warna hitam dan emas pada jenama minyak wanginya itu.

“Di botol itu juga terdapat bibir saya iaitu ‘trademark’ saya sendiri.

“Minyak wangi ini saya bekerjasama dengan Malaysia Airport Berhad,” jelasnya lagi.

Jadi, buat peminat penyanyi berkulit hitam manis ini, jangan lupa dapatkan produk Ning di apabila ianya berada di pasaran nanti ya!

Oleh: AUDREY LEE

Posting Komentar