Imej percikan api di matahari

IMEJ yang didedahkan Pentadbiran 
Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan percikan api di matahari pada 31 Ogos lalu.
MIAMI - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin mendedahkan imej nyalaan matahari yang dirakamkan pada 31 Ogos lalu.

Imej itu menunjukkan percikan api yang terkeluar daripada matahari,Seandainya percikan gergasi matahari yang terkeluar itu tepat mengenai bumi ini, Maka pada malam 31 Ogos malam kita menyambut kemerdekaan negara akan menjadi malam terakhir buat kita semua.Malahan seluruh penduduk dunia.
Bagaimanapun, ia memberi kesan terhadap persekitaran magnetik Bumi yang menyebabkan cahaya aurora terbentuk di langit.
Cahaya tersebut boleh dilihat di bandar Whitehorse, Yukon, Kanada pada 3 September lalu.
Jaluran cahaya itu terbentuk apabila partikel-partikel yang dicas daripada matahari berlanggar dengan atom pada altitud yang tinggi di Bumi.
sumber

Posting Komentar